Panduan Percuma Kertas Kerja

Panduan Percuma Kertas Kerja

Friday, October 23, 2009

KENALPASTI PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN

Setiap individu mempunyai kreativiti yang tiada batasannya. Cuma ada di antara mereka kurang menyedari tentang kebolehan yang ada. Di sini saya kongsikan tiga langkah mudah sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Jadi, mari kita sama-sama cuba kenal pasti apa yang perlu dilakukan.

Langkah pertama

  • Senaraikan peluang-peluang yang anda minati
  • Selidiki potensi untuk maju 
  • Apakah ia boleh bermula secepat mungkin? 
  • Kenalpasti kemampuan modal anda
  • Mengkaji persaingan sedia ada dan baru.
  • Menyenaraikan apakah risiko yang bakal dihadapi
  • Membuat kiraan untung rugi secara kasar

Langkah kedua

  • Sentiasa meninjau peluang
  • Memasarkan barangan yang sedia ada (produk MLM atau trading produk usahawan lain)
  • Memasarkan produk yang boleh membantu pengguna
  • Memasarkan keluaran atau produk baru

Langkah ketiga

  • Anda harus tahu tentang sumber kewangan
  • Mengenalpasti saiz pasaran
  • Mempunyai pengetahuan dalam bidang perniagaan yang ingin diceburi

Format dan Panduan Isi kandungan Rancangan Perniagaan

 Kemaskini 9/9/2012: semua download link ini tak boleh digunakan lagi, sila ke page Download Contoh Kertas Kerja yang baru.


Di sini dikongsikan contoh-contoh panduan format dan isi kandungan membuat kertas kerja rancangan perniagaan. Boleh dikatakan format kertas kerja bagi setiap agensi pemberi pinjaman tidak jauh bezanya. Apa yang lebih penting ialah persembahan dan isi kandungan kertas kerja perniagaan anda.


Contoh Pelan Perniagaan
http://www.megaupload.com/?d=OBEDOHBO

Kertas kerja format TEKUN
http://www.megaupload.com/?d=BR11DW5

Panduan dan format Rancangan Perniagaan
http://www.megaupload.com/?d=2LC7TNGL

Panduan Menyediakan Kertas Projek
http://www.megaupload.com/?d=00VPIW2R

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan
http://www.megaupload.com/?d=6KI81CJL

Pengenalan Rancangan Perniagaan
http://www.megaupload.com/?d=6BTTO3ZJ

Penyediaan Rancangan Perniagaan
http://www.megaupload.com/?d=YI51LYSG

Contoh-contoh Kertas kerja Rancangan Perniagaan

sila ke page Download Contoh Kertas Kerj

Lagi panduan Rancangan Perniagaan – Pengenalan dan Panduan Menulis Rancangan Perniagaan

Pengenalan Kepada Rancangan Perniagaan (RP)


Rancangan Perniagaan atau RP ialah dokumen yang menerangkan secara terperinci berkenaan dengan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal, rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan. Selain daripada merekodkan informasi penting yang berkaitan dengan sesebuah syarikat dan perniagaan, rancangan perniagaan juga penting dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi institusi kewangan.
Antara kegunaan rancangan perniagaan:
  • Membolehkan usahawan membuat penilaian terhadap perniagaan yang bakal atau sedang dijalankan dari pelbagai sudut teknikal dan kewangan
  • Menjadi blue print atau panduan selepas operasi perniagaan dilancarkan
  • Membuat kajian pasaran serta menilai sama ada perniagaan mempunyai prospek atau potensi untuk maju atau sebaliknya
  • Meyakinkan institusi kewangan atau pihak yang mampu memberikan pinjaman perniagaan menerusi dokumentasi yang lengkap
Kandungan Dalam Rancangan Perniagaan
Isi kandungan yang penting dan perlu ada dalam sebuah rancangan perniagaan adalah seperti berikut:


1. Jadual kandungan
Menerangkan apakah intipati serta aspek aspek utama yang bakal ditonjolkan dalam sesebuah rancangan perniagaan. Ini untuk memudahkan usahawan dan pembaca untuk mengetahui serta melangkau terus ke topik yang dikehendaki dengan mudah.


2. Ringkasan Eksekutif/Sinopsis
Menerangkan secara ringkas tentang kandungan rancangan perniagaan dan serba sedikit tentang perniagaan yang bakal/sedang diceburi dan juga tujuan penghasilan rancangan perniagaan.


3. Pengenalan
Mengandungi maklumat maklumat penting syarikat, produk, servis dan sebagainya. Maklumat yang perlu ialah: Nama Syarikat, Jenis Perniagaan Yang Diceburi, Barangan/Perkhidmatan Yang Ditawarkan, Lokasi Premis, Tarikh Mula Perniagaan, Latar Belakang Industri, Trend Pasaran Kini dan Masa Hadapan.


4. Tujuan Penyediaan RP
Perlu nyatakan dengan jelas apakah tujuan utama penghasilan rancangan perniagaan tersebut. Adakah ia untuk memohon pinjaman atau pembiayaan kewangan dari pihak tertentu? Atau rancangan untuk melaksakan projek terbaru/mengembangkan perniagaan? Atau ianya sebagai sumber rujukan usahawan dalam menguruskan perniagaan? Atau tujuan tujuan lain?


5. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat
Apakah nama perniagaan tersebut? Di manakah alamat operasi serta nombor telefon yang boleh dihubungi? Apakah bentuk perniagaan yang dijalankan? Apakah kegiatan utama dalam perniagaan? Bilakah tarikh mula perniagaan? Apakah nombor pendaftaran syarikat/perniagaan? Berapakah jumlah modal perniagaan/modal benar? Siapakah pemegang saham syarikat/perniagaan?


6. Latar Belakang Pemilik/Pemegang Saham
Butir butir pemilik dan pemegang saham seperti nama, nombor telefon, kelulusan akademik serta pengalaman & kemahiran perlu dijelaskan di sini.
7. Maklumat Pengurusan dan juga Organisasi
Apakah visi dan misi syarikat? Bagaimanakah struktur organisasi syarikat (sertakan carta) serta senaraikan kakitangan dan pekerja yang bakal terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat dan perniagaan. Untuk senarai kakitangan, nyatakan jawatan mereka serta tugas dan peranan. Gaji dan imbuhan yang bakal diberikan kepada pekerja juga hendaklah dinyatakan sekali. Manakala kos yang terlibat dalam pembelian alatan pejabat juga tidak harus ditinggalkan.


8. Rancangan & Strategi Pemasaran
Antara kandungan yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Analisis terhadap pasaran perlu dibuat untuk membolehkan unjuran jualan serta analisis saingan hampir kepada ramalan. Rancangan pemasaran yang baik akan meneliti produk/servis yang bakal diberikan, prospek pelanggan dan pasaran am. Saiz pasaran perlu diukur dalam usaha mendapatkan jumlah potensi pelanggan dalam masa yang tertentu (seperti dalam setahun dan sebagainya).
Apakah kelebihan dan ciri ciri yang anda pada produk/perkhidmatan perniagaan kita? Adakah ia mudah diperolehi menerusi pesaing pesaing perniagaan yang lain? Apakah faktor faktor yang bakal menarik minat pelanggan? Bagaimana penentuan harga dibuat – adakah ia lebih tinggi dari pasangan, lebih rendah atau sama sahaja? Bagaimana pula dengan strategi pengedaran. Adakah sebilangan pengedar akan dilantik atau pengedaran akan dilakukan secara terus? Berapakah anggaran kos yang terlibat dalam proses pemasaran produk dan perkhidmatan? Apakah teknik teknik promosi yang bakal dijalankan, dan bagaimana?


9. Rancangan Pengeluaran/Operasi
Jika perniagaan adalah berasaskan produk, berapa kuantiti yang bakal dihasilkan dalam tempoh yang tertentu? Jika ianya adalah perniagaan pembuatan, bagaimanakah proses pembuatan/pengilangan produk? Sertakan carta alirnya. Bagaimana dengan strategi penyimpanan stok. Apa akan berlaku kepada stok berlebihan?
Bagaimanakah penyimpanan bahan mentah (jika ada) dibuat? Berapa ramaikah senarai buruh/pekerja yang terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan? Bagaimana pengendalian mesin/alatan operasi dibuat?


10. Rancangan Kewangan
Rancangan kewangan adalah satu lagi aspek yang amat penting dan kritikal dalam penghasilan rancangan perniagaan. Ia penting untuk memastikan analisis dan andaian andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos kos yang terlibat adalah realistik.
Rancangan kewangan mengandungi aspek: kos dan modal perlaksanaan perniagaan, sumber pembiayaan kewangan (sama ada modal sendiri, pinjaman bank, sewa beli atau lain lain sumber), aliran tunai (bulanan dan tahunan, untuk jangka masa 3 tahun), penyata pendapatan (tahunan, untuk jangka masa 3 tahun) dan analisis pulangan modal (break-even analysis).

Tuesday, October 20, 2009

Kandungan Rancangan Perniagaan / Kertas Kerja

Bahagian 1 - Pengenalan
Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.
Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:
  • Syarikat
  • Jenis perniagaan yang diceburi
  • Nama dan lokasi/alamat perniagaan
  • Status dan saiz projek
  • Produk
  • Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan
  • Anggaran kos projek.

Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja
Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;
  • Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau
  • yang berkaitan.
  • Merancang perlaksanaan projek.
  • Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
  • Memohon menyewa

Bahagian 3 - Latarbelakang Perniagaan
Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang
dicadangkan seperti:
  • Alamat - Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.
  • Bentuk perniagaan - Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.).
  • Tarikh dan Nombor Pendaftaran. - Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.
  • Modal Permulaan - Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.
  • Bank - Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.

Bahagian 4 - Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham
  • Nama penuh
  • No. kad pengenalan
  • Tarikh lahir
  • Umur
  • Alamat Tetap
  • No telefon
  • Taraf perkahwinan
  • Kelulusan akedemik
  • Kursus yang pernah dihadiri
  • Kemahiran
  • Pengalaman
  • Pekerjaan sekarang
  • Perniagaan yang pernah diceburi.

Bahagian 5 - Kedudukan Projek
Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.

Bahagian 6 - Objektif Projek
Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.

Bahagian 7 - Rancangan Pentadbiran
  • Pentadbiran
  • Carta Organisasi
  • Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
  • Spesifikasi Tugas
  • Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji
  • Senarai Keperluan Pejabat
  • Perbelanjaan Pentadbiran

Bahagian 8 - Rancangan Operasi
1. Carta aliran Proses - Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan
perkhidmatan berkenaan. Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.
2. Unit pengeluaran / jam operasi - Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.
3. Keperluan bahan - Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian
dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.
4. Tenaga Kerja - Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status
pekerja berkenaan.
5. Mesin dan peralatan - Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras
dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.
6. Susun atur Ruang Operasi - Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur
ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.
7. Lokasi- Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.
8. Overhead operasi - Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu
sebagai penggerak proses operasi.
9. Perbelanjaan Operasi - Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut
kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.








Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran
1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna
yang ingin diberikan kepuasan
2. Sasaran Pasaran - Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti
kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.
3. Saiz Pasaran - Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran
dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.
4. Pesaing-pesaing utama - Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing
dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.
5. Kekuatan dan kelemahan pesaing - Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
6. Syer pasaran - Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer
pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.
7. Ramalan Jualan - Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan
anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.
8. Strategi Pemasaran
    i. Strategi Barangan
       Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej
       Corak pembungkusan dan jenama berkaitan.
    ii. Strategi Promosi
       Bentuk Promosi yang dicadangkan
   iii. Strategi harga
       Harga seunit yang dicadangkan.
   iv. Strategi edaran
       Corak pengedaran yang dicadangkan.
       Kenderaan atau kakitangan pemasaran.


Bahagian 10 - Rancangan Kewangan
Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:
1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek

2. Penyata-penyata kewangan:
    i. Aliran wang tunai
    ii. Penyata pendapatan
    iii. Kunci kira-kira
    iv. Jadual pembayaran hutang jangka panjang.
    v. Kos pelaksanaan Projek
    vi. Pelaburan aset tetap - Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit.
         Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai.
   vii. Modal Pusingan - Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi
   viii.Lain-lain perbelanjaan - Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan
        ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)

3. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)
   i. Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset.
      Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset.
   ii. Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.
   iii. Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetapperniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan)

4. Prestasi penyata Aliran Wang Tunai
    Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan.
    Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.

5. Prestasi Penyata Pendapatan
Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang
tunai.

6. Prestasi Kunci kira-kira
Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.

7. Analisis Daya Maju Kewangan
Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah. Diantara petunjuk-petunjuk daya maju kewangan yang kerapdigunakan ialah:
i. Nilai kini bersih
ii. Kadar Pulangan dalaman
iii. Nisbah faedah kos
iv. Tempoh pulang modal
   Nilai kini bersih
   Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiaptahun dan
   jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah
   bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.

Kadar Pulangan Dalaman
Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.

Nisbah Faedah Kos
Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.

Tempoh Pulang Modal
Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek. Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat.


Marzuq Group
http://www.marzuqfarming.com
http://www.marzuqfood.com
http://health.marzuqfood.com

Kenapa anda perlu membuat kertas kerja?

Kertas kerja ataupun 'rancangan perniagaan' diperlukan kebiasaanya apabila anda hendak mendapatkan bantuan kewangan daripada agensi atau badan-badan tertentu. Bantuan kewangan yang dimaksudkan ialah sama ada permohonan pinjaman atau permohonan geran kerajaan.

Ramai yang membuat kertas kerja apabila mahu mendapatkan bantuan kewangan. Ada juga yang mendapatkan khidmat konsultant ataupun individu tertentu yang menawarkan khidmat membuat kertas kerja.

Kedua-dua perkara ini sebenarnya satu kesilapan.

Sepatutnya kertas kerja dibuat semasa anda mahu memulakan perniagaan. Secara tidak langsung anda membuat perancangan terhadap perniagaan yang anda akan lakukan.
Dalam kebanyakan kes, usahawan yang mengupah seseorang membuat kertas kerja untuk perniagaannya, banyak maklumat yang tidak tepat ataupun si usahawan tidak tahu apakah yang ditulis di dalam kertas kerjanya.  Ada yang gagal mendapatkan bantuan kewangan setelah gagal daam temuduga tentang kertas kerjanya. Kenapa anda perlu mengupah orang lain membuat kertas kerja untuk anda, sedangkan perniagaan itu adalah kepunyaan anda.

Apakah kepentingan menyediakan kertas kerja?
  1. Memberi peluang kepada usahawan melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.
  2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.
  3. Membantu usahawan menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.
  4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.
  5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.


"jika anda gagal untuk merancang, maka anda merancang untuk gagal"



Marzuq Group
http://www.marzuqfarming.com
http://www.marzuqfood.com
http://health.marzuqfood.com