Panduan Percuma Kertas Kerja

Panduan Percuma Kertas Kerja

Sunday, September 30, 2012

Seloka Usahawan

Berniaga itu tidak salah,
malah ia adalah sunnah,
yang salah itu bila bercampur rasuah,
di dunia lagi akan dapat susah,
di akhirat nanti hari-hari kena belasah,
ingat-ingatlah supaya hidup tidak punah,
semoga hidup kita penuh barokah.

Masa bersembang macam-macam dijanji,
janji yang tak pasti boleh ditepati,
buat orang berharap sepenuh hati,
apabila tiba masa yang dihajati,
apa pun tak dapat kecewalah lagi,
lepas ini apa pun dikata takkan dipercayai.

Jika terlalu mengharap kepada manusia,
masa akan terbuang sia-sia,
duit pun habis begitu sahaja,
kenapa tidak mengharap pada Yang Maha Esa,
sambil teruskan daya usaha,
pasti kita lebih berjaya.

Usaha, doa dan tawakkal dijadikan amalan,
buat semua usahawan budiman,
barulah hasil penuh keberkatan,
apa yang diusahakan akan menjadi warisan,
hasil keberkatan zaman-berzaman.

Wednesday, September 12, 2012

Bersikap terbuka

Adakah anda berbangsa Melayu?
Jika bukan, mungkin anda seorang Bumiputera?
atau anda seorang usahawan beragama Islam (Muslim).

Fakta:
Majoriti penduduk Malaysia adalah Bumiputera dan bangsa Melayu, manakala agama Islam adalah agama rasmi Malaysia.

Walaubagaimanapun, saya suka mengingatkan rakan-rakan saya yang berniaga, teman-teman usahawan baru, supaya ELAKKAN daripada menggunakan frasa-frasa berikut dalam perniagaan anda, sama ada di dalam business card, signboard, brochure dan sebagainya:

"PERNIAGAAN 100% MELAYU"
"PERNIAGAAN BUMIPUTERA"
"USAHAWAN MUSLIM"
dan seumpamanya.

Mungkin ada yang tidak setuju. Saya faham, anda berbangga dengan status anda sebagai usahawan Melayu, usahawan Bumiputera atau usahawan Muslim, kerana perniagaan dikuasai oleh bukan golongan ini.
Tapi saya ingin ingatkan, negara kita Malaysia mempunyai masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama Itu belum lagi ambil kira tahap global.... masyaAllah luasnya dunia ini.

Saya kemukakan 2 persoalan untuk mencabar pemikiran anda...
  • adakah anda mahu bersaing di peringkat nasional dan internasional?
  • adakah anda mahu ramai orang tak kira apa bangsa dan latar belakang jadi pelanggan anda?
Saya coretkan sedikit pengalaman peribadi saya...
Dulu saya pun obses dengan status peniaga Melayu. Saya harapkan pelanggan-pelanggan Melayu akan melanggan dengan kedai saya. Puas saya pergi ke sekolah-sekolah, poskan risalah-risalah (kan ramai pengetua, guru besar dan cikgu-cikgu berbangsa Melayu). Perasaan saya hampa sekejap bila saya ternampak sebuah sekolah agama di sini menempah barang di kedai bangsa lain... yalah, itu hak dialah nak tempah di mana-mana pun. Saya rasakan perasaan taksub saya terhadap kebanggaan sebagai 'usahawan Melayu' sia-sia saja.Pelanggan Melayu boleh suka hati tempah di mana-mana kedai yang mereka mahu pergi.
Lalu saya buangkan perasaan taksub itu... atau jujur saya katakan, 'racist'
Saya mula susun strategi baru..... strategi ke arah perniagaan global. Selain buangkan sifat itu tadi, saya kuasai online marketing dan bahasa Inggeris.
Alhamdulillah... kini saya ada ramai pelanggan berbangsa Cina dan India, kalau dari luar negara saya ada pelanggan dari Australia, USA, Germany, France dan lain-lain.

Petua saya mudah saja...
1. Jangan racist, bergaul dengan semua orang
2. Kuasailah internet marketing
3. Kuasailah bahasa Inggeris walaupun broken

Semoga perniagaan anda semakin berdaya saing dan mendapat perhatian semua orang hingga ke peringkat global.

Tuesday, September 11, 2012

Bersatu teguh, bercerai roboh

Pepatah Melayu ada menyebut, 'bersatu teguh, bercerai roboh'
Saya juga ingin memetik cogankata dalam Jata Negara, 'bersekutu bertambah mutu'.

Saya nak kaitkan dengan satu kisah benar yang saya dengar dalam satu kursus motivasi keusahawanan satu masa dulu. Pihak penganjur kursus telah menjemput seorang tokoh usahawan kerepek yang terkenal. Beliau menceritakan kisah bagaimana mula berniaga dulu, dari zaman susah, sampailah sekarang mempunyai empayar perniagaan kerepeknya.
Ada satu masa syarikat beliau menerima tempahan 8 kontena kerepek untuk dieksport ke negara timur tengah. Setelah berhempas pulas menyediakan bekalan kerepek yang dipesan pelanggan, syarikat beliau hanya dapat bekalkan 2 kontena saja. Bekalan untuk 6 kontena lagi tidak mampu diusahakan dalam masa yang ditetapkan.
Saya tak sempat bertanya kepada tokey kerepek itu.
Bukankah di seluruh negeri tempat kelahiran usahawan ini ada banyak sangat pengusaha kerepek. Saya yakin kalaulah pihak pemborong atau pengilang sendiri bergabung tenaga dengan pengusaha-pengusaha kerepek lain, sudah tentu bekalan 8 kontena itu dapat disiapkan.
Ini pun cuma andaian saya saja sebab saya pun tak tahu kisah disebalik apa yang diceritakan.

Cuma saya ambil pengajaran, kalaulah kita boleh bergabung tenaga, sudah tentu banyak perkara yang boleh kita kerjakan, hasil juga dapat dilipat-gandakan lagi.

Bagi saya dalam bidang perniagaan tempahan pakaian, team saya mempunyai produk dan servis yang unik, kami mempunyai niche tersendiri. Daripada kajian kami dapati apa yang kami buat ini mendapat banyak permintaan tapi tak ramai orang buat. Akan tetapi kami pula mahu jimatkan kos overhead tapi masih boleh meraih laba. Jadi kami kongsikan dengan usahawan lain dengan cara melantik wakil jualan ataupun ejen. Masing-masing akan mendapat faedahnya, networking dan pasaran juga dapat berkembang dengan mudah dah kos efektif.

Sunday, September 9, 2012

Setelah 3 tahun tidak menjengah...

Asssalamualaikum / Salam sejahtera...

Hampir 3 tahun berlalu, saya tidak menjengah, malah tidakpun mengemaskinikan blog Panduan Percuma Kertas kerja ini.
Bila saya lihat statistik pengunjung, masyaAllah... boleh tahan juga. Sayangnya semua links untuk donwload contoh kertas kerja sudah mati, tak boleh dipakai lagi.
Nah... insyaAllah saya akan kemaskinikan blog ini semula, kemaskinikan links dan sebagainya.

Saya nak bercerita sikit antara sebab yang saya tidak ke sini selama beberapa waktu (selain daripada terlepas pandang... hehe)

Sebelum ini posting saya yang terakhir di blog ini ialah pada Oktober 2009 bukan... waktu ini ialah detik kejatuhan saya dalam perniagaan sebenarnya. Anda harus ingat, sebagai usahawan, bila anda rasa down macam mana sekalipun anda mestilah ada self motivation, buatlah apa-apa cara yag positif asalkan anda boleh bangkit semula.
Saya ringkaskan cerita, selepas beberapa bulan mencuba dan berusaha, Allah tunjukkan saya jalan dengan mencuba bidang perniagaan pakaian (tempahan tshirt, printing tshirt), dengan nama bisnes baru Marzuqhub Enterprise, saya menyewa kedai di pekan Banting.
Mungkin waktu tu saya tak perasan pun atau dah lupa kewujudan blog ini sebab sedang sibuk membantu diri sendiri untuk bangun semula.
Alhamdulillah, daripada bermula dengan sole proprietorship, setahun selepas itu saya upgrade kepada sdn bhd dengan nama Eraine Creative Sdn Bhd dan kini sedang berkembang ke seluruh Malaysia malah pasaran produk saya adalah sedikit-sedikit yang ke oversea.
Jika berkesempatan, layarilah website www.erainecreative.com dan silakan LIKE www.facebook.com/erainecreative