Panduan Percuma Kertas Kerja

Panduan Percuma Kertas Kerja

Tuesday, October 20, 2009

Kandungan Rancangan Perniagaan / Kertas Kerja

Bahagian 1 - Pengenalan
Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.
Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:
  • Syarikat
  • Jenis perniagaan yang diceburi
  • Nama dan lokasi/alamat perniagaan
  • Status dan saiz projek
  • Produk
  • Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan
  • Anggaran kos projek.

Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja
Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;
  • Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau
  • yang berkaitan.
  • Merancang perlaksanaan projek.
  • Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
  • Memohon menyewa

Bahagian 3 - Latarbelakang Perniagaan
Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang
dicadangkan seperti:
  • Alamat - Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.
  • Bentuk perniagaan - Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.).
  • Tarikh dan Nombor Pendaftaran. - Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.
  • Modal Permulaan - Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.
  • Bank - Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.

Bahagian 4 - Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham
  • Nama penuh
  • No. kad pengenalan
  • Tarikh lahir
  • Umur
  • Alamat Tetap
  • No telefon
  • Taraf perkahwinan
  • Kelulusan akedemik
  • Kursus yang pernah dihadiri
  • Kemahiran
  • Pengalaman
  • Pekerjaan sekarang
  • Perniagaan yang pernah diceburi.

Bahagian 5 - Kedudukan Projek
Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.

Bahagian 6 - Objektif Projek
Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.

Bahagian 7 - Rancangan Pentadbiran
  • Pentadbiran
  • Carta Organisasi
  • Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
  • Spesifikasi Tugas
  • Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji
  • Senarai Keperluan Pejabat
  • Perbelanjaan Pentadbiran

Bahagian 8 - Rancangan Operasi
1. Carta aliran Proses - Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan
perkhidmatan berkenaan. Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.
2. Unit pengeluaran / jam operasi - Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.
3. Keperluan bahan - Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian
dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.
4. Tenaga Kerja - Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status
pekerja berkenaan.
5. Mesin dan peralatan - Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras
dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.
6. Susun atur Ruang Operasi - Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur
ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.
7. Lokasi- Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.
8. Overhead operasi - Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu
sebagai penggerak proses operasi.
9. Perbelanjaan Operasi - Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut
kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.








Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran
1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna
yang ingin diberikan kepuasan
2. Sasaran Pasaran - Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti
kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.
3. Saiz Pasaran - Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran
dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.
4. Pesaing-pesaing utama - Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing
dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.
5. Kekuatan dan kelemahan pesaing - Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
6. Syer pasaran - Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer
pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.
7. Ramalan Jualan - Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan
anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.
8. Strategi Pemasaran
    i. Strategi Barangan
       Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej
       Corak pembungkusan dan jenama berkaitan.
    ii. Strategi Promosi
       Bentuk Promosi yang dicadangkan
   iii. Strategi harga
       Harga seunit yang dicadangkan.
   iv. Strategi edaran
       Corak pengedaran yang dicadangkan.
       Kenderaan atau kakitangan pemasaran.


Bahagian 10 - Rancangan Kewangan
Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:
1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek

2. Penyata-penyata kewangan:
    i. Aliran wang tunai
    ii. Penyata pendapatan
    iii. Kunci kira-kira
    iv. Jadual pembayaran hutang jangka panjang.
    v. Kos pelaksanaan Projek
    vi. Pelaburan aset tetap - Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit.
         Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai.
   vii. Modal Pusingan - Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi
   viii.Lain-lain perbelanjaan - Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan
        ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)

3. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)
   i. Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset.
      Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset.
   ii. Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.
   iii. Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetapperniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan)

4. Prestasi penyata Aliran Wang Tunai
    Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan.
    Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.

5. Prestasi Penyata Pendapatan
Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang
tunai.

6. Prestasi Kunci kira-kira
Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.

7. Analisis Daya Maju Kewangan
Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah. Diantara petunjuk-petunjuk daya maju kewangan yang kerapdigunakan ialah:
i. Nilai kini bersih
ii. Kadar Pulangan dalaman
iii. Nisbah faedah kos
iv. Tempoh pulang modal
   Nilai kini bersih
   Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiaptahun dan
   jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah
   bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.

Kadar Pulangan Dalaman
Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.

Nisbah Faedah Kos
Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.

Tempoh Pulang Modal
Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek. Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat.


Marzuq Group
http://www.marzuqfarming.com
http://www.marzuqfood.com
http://health.marzuqfood.com

3 comments:

  1. salam tuan, ada x contoh kertas kerja untuk perniagaan printing baju

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni email address sy...jika tuan dpt membantu...boleh email kt email ni...amzarfahmi88@gmail.com

      Delete
  2. salam tuan ada sample business plan printing baju yg nk kna pnjaman bank.. minta email saya ataupun boleh kita jumpa
    meorhelmee@yahoo.com

    ReplyDelete