Panduan Percuma Kertas Kerja

Panduan Percuma Kertas Kerja

Saturday, December 1, 2012

Hasilkan Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Anda Sendiri

Nak mulakan perniagaan?
Nak dapatkan pinjaman?
Nak kena buat kertas kerja?
Tak tahu?

Kenapa kena upah orang buatkan kertas kerja, sedangkan bisnes itu bisnes anda?
Ramai orang buat kertas kerja hanya untuk dapatkan pinjaman, lepas tu... dah tak ikut apa yang tertulis dalam kertas kerja itu.

Ramai juga yang upah orang lain buatkan kertas kerja, tuan punya bisnes sendiri tak faham apa yang ada dalam kertas kerja tu.

Hasilkan kertas kerja rancangan perniagaan anda sendiri, biar anda sendiri faham, anda ikut dan bisnes anda berjaya.

Hubungi kami dahulu untuk dapatkan khidmat rundingan panduan percuma.
Kami akan tunjukkan kepada anda apa yang patut di buat, supaya anda tidak tersilap langkah.

Kami juga menyediakan perkhidmatan perundingan lebih lanjut tentang kertas kerja rancangan perniagaan merangkumi perkara-perkara berikut:

- merancang strategi mengembangkan perniagaan
- membina kertas kerja rancangan perniagaan yang berkualiti
- merancang pelan pemasaran perniagaan
- merancang aliran tunai yang efektif
- membuat pelan tindakan yang berkesan
- lain-lain rundingan yang berkaitan perniagaan seperti 
teknik-teknik pemasaran online, offline dan lain-lain.

Hubungi kami melalui email: amsputra@gmail.com dengan tajuk email 'Kertas Kerja Rancangan Perniagaan'
Berikan sekali butiran anda seperti nama, nombor telefon, lokasi, jenis perniagaan dan lain-lain

Saturday, November 17, 2012

Mulakan dengan apa yang ada di tangan


Saya pernah dapat email daripada pengunjung blog saya yang minta bantuan tentang penulisan kertas kerja. Seperti biasa, kalau bidang yang saya tak pernah terlibat, saya cuma boleh kasi tips dan idea yang general saja.
Beliau baru nak memulakan bisnes, belum mempunyai premis perniagaan lagi, mahu buat di rumah. Dalam rancangan perniagaan beliau mahu buat pinjaman perniagaan yang agak besar, pekerja yang ramai, tapi masih buat di rumah.
Lalu saya tegur, kalau saya jadi banker pun saya tak boleh luluskan.
Daripada pengetahuan saya, pihak peminjam akan nilai beberapa perkara... saya ambil contoh pinjaman perniagaan MARA:
  • tak ada premis - hampir kebanyakan pihak peminjam mahu tengok premis perniagaan
  • pinjaman besar - baru nak mula bisnes tapi nak buat pinjaman yang banyak pihak peminjam memang susah nak luluskan, tambahan pula faktor belum ada premis perniagaan
saya tegur juga tentang pekerja yang ramai buat permulaan... nanti kos overhead (gaji pekerja) banyak. awal-awal bisnes ni eloklah mulakan sendiri je, kalau nak ada pekerja pun seorang dulu pun cukup, bila kerja dah banyak baru tambah lagi.

Saya juga pernah beberapa kali ditanyakan tentang contoh-contoh kertas kerja yang saya memang takde. Kalau ada saya dah syerkan.
Soalnya, kebanyakannya saya lihat usahawan yang baru nak ceburi perniagaan, buka kedai komputer atau kedai makan misalnya....
Memanglah berniaga perlukan modal. Sebaik-baiknya, mulakanlah dengan apa yang anda ada di tangan anda. Kalau ada RM500, mulakan dengan RM500 dulu. InsyaAllah kalau sumber modal anda itu halal, usaha anda betul, disusuli dengan doa dan usaha-usaha lain, daripada modal RM500 itu akan bertambah dan bertambah. Macam mana nak usahakan tu... anda mesti kreatiflah.

Ada seorang usahawan kerepek di daerah Sepang yang mulakan perniagaan kerepek dengan modal hanya RM50, beli ubi kayu, minyak masak dan plastik bungkus, kawah pun pinjam jiran punya. Sekarang perusahaan kerepeknya dah besar, sangat besar, dan pernah mengeksport berkontena-kontena kerepek ke Timur Tengah.

Lagi satu saya ingin nasihatkan, kalau kertas kerja perniagaan yang saya tak ada contohnya tu, misalnya tadi nak buat bengkel kereta tapi saya takde contohnya, cubalah rujuk sendiri panduan format dan contoh-contoh kertas kerja lain sebagai rujukan, kemudian anda olahkan sendiri tentang perniagaan anda, itulah yng TERBAIK.

Jika anda perlukan bantuan boleh email atau pm saya di FB, insyaAllah saya cuba luangkan masa untuk membantu anda.

p/s: maaf ye, kalau anda mesej saya melalui ruangan comment, mungkin lambat sangat baru saya jawab

Sunday, September 30, 2012

Seloka Usahawan

Berniaga itu tidak salah,
malah ia adalah sunnah,
yang salah itu bila bercampur rasuah,
di dunia lagi akan dapat susah,
di akhirat nanti hari-hari kena belasah,
ingat-ingatlah supaya hidup tidak punah,
semoga hidup kita penuh barokah.

Masa bersembang macam-macam dijanji,
janji yang tak pasti boleh ditepati,
buat orang berharap sepenuh hati,
apabila tiba masa yang dihajati,
apa pun tak dapat kecewalah lagi,
lepas ini apa pun dikata takkan dipercayai.

Jika terlalu mengharap kepada manusia,
masa akan terbuang sia-sia,
duit pun habis begitu sahaja,
kenapa tidak mengharap pada Yang Maha Esa,
sambil teruskan daya usaha,
pasti kita lebih berjaya.

Usaha, doa dan tawakkal dijadikan amalan,
buat semua usahawan budiman,
barulah hasil penuh keberkatan,
apa yang diusahakan akan menjadi warisan,
hasil keberkatan zaman-berzaman.

Wednesday, September 12, 2012

Bersikap terbuka

Adakah anda berbangsa Melayu?
Jika bukan, mungkin anda seorang Bumiputera?
atau anda seorang usahawan beragama Islam (Muslim).

Fakta:
Majoriti penduduk Malaysia adalah Bumiputera dan bangsa Melayu, manakala agama Islam adalah agama rasmi Malaysia.

Walaubagaimanapun, saya suka mengingatkan rakan-rakan saya yang berniaga, teman-teman usahawan baru, supaya ELAKKAN daripada menggunakan frasa-frasa berikut dalam perniagaan anda, sama ada di dalam business card, signboard, brochure dan sebagainya:

"PERNIAGAAN 100% MELAYU"
"PERNIAGAAN BUMIPUTERA"
"USAHAWAN MUSLIM"
dan seumpamanya.

Mungkin ada yang tidak setuju. Saya faham, anda berbangga dengan status anda sebagai usahawan Melayu, usahawan Bumiputera atau usahawan Muslim, kerana perniagaan dikuasai oleh bukan golongan ini.
Tapi saya ingin ingatkan, negara kita Malaysia mempunyai masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama Itu belum lagi ambil kira tahap global.... masyaAllah luasnya dunia ini.

Saya kemukakan 2 persoalan untuk mencabar pemikiran anda...
  • adakah anda mahu bersaing di peringkat nasional dan internasional?
  • adakah anda mahu ramai orang tak kira apa bangsa dan latar belakang jadi pelanggan anda?
Saya coretkan sedikit pengalaman peribadi saya...
Dulu saya pun obses dengan status peniaga Melayu. Saya harapkan pelanggan-pelanggan Melayu akan melanggan dengan kedai saya. Puas saya pergi ke sekolah-sekolah, poskan risalah-risalah (kan ramai pengetua, guru besar dan cikgu-cikgu berbangsa Melayu). Perasaan saya hampa sekejap bila saya ternampak sebuah sekolah agama di sini menempah barang di kedai bangsa lain... yalah, itu hak dialah nak tempah di mana-mana pun. Saya rasakan perasaan taksub saya terhadap kebanggaan sebagai 'usahawan Melayu' sia-sia saja.Pelanggan Melayu boleh suka hati tempah di mana-mana kedai yang mereka mahu pergi.
Lalu saya buangkan perasaan taksub itu... atau jujur saya katakan, 'racist'
Saya mula susun strategi baru..... strategi ke arah perniagaan global. Selain buangkan sifat itu tadi, saya kuasai online marketing dan bahasa Inggeris.
Alhamdulillah... kini saya ada ramai pelanggan berbangsa Cina dan India, kalau dari luar negara saya ada pelanggan dari Australia, USA, Germany, France dan lain-lain.

Petua saya mudah saja...
1. Jangan racist, bergaul dengan semua orang
2. Kuasailah internet marketing
3. Kuasailah bahasa Inggeris walaupun broken

Semoga perniagaan anda semakin berdaya saing dan mendapat perhatian semua orang hingga ke peringkat global.

Tuesday, September 11, 2012

Bersatu teguh, bercerai roboh

Pepatah Melayu ada menyebut, 'bersatu teguh, bercerai roboh'
Saya juga ingin memetik cogankata dalam Jata Negara, 'bersekutu bertambah mutu'.

Saya nak kaitkan dengan satu kisah benar yang saya dengar dalam satu kursus motivasi keusahawanan satu masa dulu. Pihak penganjur kursus telah menjemput seorang tokoh usahawan kerepek yang terkenal. Beliau menceritakan kisah bagaimana mula berniaga dulu, dari zaman susah, sampailah sekarang mempunyai empayar perniagaan kerepeknya.
Ada satu masa syarikat beliau menerima tempahan 8 kontena kerepek untuk dieksport ke negara timur tengah. Setelah berhempas pulas menyediakan bekalan kerepek yang dipesan pelanggan, syarikat beliau hanya dapat bekalkan 2 kontena saja. Bekalan untuk 6 kontena lagi tidak mampu diusahakan dalam masa yang ditetapkan.
Saya tak sempat bertanya kepada tokey kerepek itu.
Bukankah di seluruh negeri tempat kelahiran usahawan ini ada banyak sangat pengusaha kerepek. Saya yakin kalaulah pihak pemborong atau pengilang sendiri bergabung tenaga dengan pengusaha-pengusaha kerepek lain, sudah tentu bekalan 8 kontena itu dapat disiapkan.
Ini pun cuma andaian saya saja sebab saya pun tak tahu kisah disebalik apa yang diceritakan.

Cuma saya ambil pengajaran, kalaulah kita boleh bergabung tenaga, sudah tentu banyak perkara yang boleh kita kerjakan, hasil juga dapat dilipat-gandakan lagi.

Bagi saya dalam bidang perniagaan tempahan pakaian, team saya mempunyai produk dan servis yang unik, kami mempunyai niche tersendiri. Daripada kajian kami dapati apa yang kami buat ini mendapat banyak permintaan tapi tak ramai orang buat. Akan tetapi kami pula mahu jimatkan kos overhead tapi masih boleh meraih laba. Jadi kami kongsikan dengan usahawan lain dengan cara melantik wakil jualan ataupun ejen. Masing-masing akan mendapat faedahnya, networking dan pasaran juga dapat berkembang dengan mudah dah kos efektif.

Sunday, September 9, 2012

Setelah 3 tahun tidak menjengah...

Asssalamualaikum / Salam sejahtera...

Hampir 3 tahun berlalu, saya tidak menjengah, malah tidakpun mengemaskinikan blog Panduan Percuma Kertas kerja ini.
Bila saya lihat statistik pengunjung, masyaAllah... boleh tahan juga. Sayangnya semua links untuk donwload contoh kertas kerja sudah mati, tak boleh dipakai lagi.
Nah... insyaAllah saya akan kemaskinikan blog ini semula, kemaskinikan links dan sebagainya.

Saya nak bercerita sikit antara sebab yang saya tidak ke sini selama beberapa waktu (selain daripada terlepas pandang... hehe)

Sebelum ini posting saya yang terakhir di blog ini ialah pada Oktober 2009 bukan... waktu ini ialah detik kejatuhan saya dalam perniagaan sebenarnya. Anda harus ingat, sebagai usahawan, bila anda rasa down macam mana sekalipun anda mestilah ada self motivation, buatlah apa-apa cara yag positif asalkan anda boleh bangkit semula.
Saya ringkaskan cerita, selepas beberapa bulan mencuba dan berusaha, Allah tunjukkan saya jalan dengan mencuba bidang perniagaan pakaian (tempahan tshirt, printing tshirt), dengan nama bisnes baru Marzuqhub Enterprise, saya menyewa kedai di pekan Banting.
Mungkin waktu tu saya tak perasan pun atau dah lupa kewujudan blog ini sebab sedang sibuk membantu diri sendiri untuk bangun semula.
Alhamdulillah, daripada bermula dengan sole proprietorship, setahun selepas itu saya upgrade kepada sdn bhd dengan nama Eraine Creative Sdn Bhd dan kini sedang berkembang ke seluruh Malaysia malah pasaran produk saya adalah sedikit-sedikit yang ke oversea.
Jika berkesempatan, layarilah website www.erainecreative.com dan silakan LIKE www.facebook.com/erainecreative

Friday, October 23, 2009

KENALPASTI PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN

Setiap individu mempunyai kreativiti yang tiada batasannya. Cuma ada di antara mereka kurang menyedari tentang kebolehan yang ada. Di sini saya kongsikan tiga langkah mudah sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Jadi, mari kita sama-sama cuba kenal pasti apa yang perlu dilakukan.

Langkah pertama

  • Senaraikan peluang-peluang yang anda minati
  • Selidiki potensi untuk maju 
  • Apakah ia boleh bermula secepat mungkin? 
  • Kenalpasti kemampuan modal anda
  • Mengkaji persaingan sedia ada dan baru.
  • Menyenaraikan apakah risiko yang bakal dihadapi
  • Membuat kiraan untung rugi secara kasar

Langkah kedua

  • Sentiasa meninjau peluang
  • Memasarkan barangan yang sedia ada (produk MLM atau trading produk usahawan lain)
  • Memasarkan produk yang boleh membantu pengguna
  • Memasarkan keluaran atau produk baru

Langkah ketiga

  • Anda harus tahu tentang sumber kewangan
  • Mengenalpasti saiz pasaran
  • Mempunyai pengetahuan dalam bidang perniagaan yang ingin diceburi