Panduan Percuma Kertas Kerja

Panduan Percuma Kertas Kerja

Tuesday, September 11, 2012

Bersatu teguh, bercerai roboh

Pepatah Melayu ada menyebut, 'bersatu teguh, bercerai roboh'
Saya juga ingin memetik cogankata dalam Jata Negara, 'bersekutu bertambah mutu'.

Saya nak kaitkan dengan satu kisah benar yang saya dengar dalam satu kursus motivasi keusahawanan satu masa dulu. Pihak penganjur kursus telah menjemput seorang tokoh usahawan kerepek yang terkenal. Beliau menceritakan kisah bagaimana mula berniaga dulu, dari zaman susah, sampailah sekarang mempunyai empayar perniagaan kerepeknya.
Ada satu masa syarikat beliau menerima tempahan 8 kontena kerepek untuk dieksport ke negara timur tengah. Setelah berhempas pulas menyediakan bekalan kerepek yang dipesan pelanggan, syarikat beliau hanya dapat bekalkan 2 kontena saja. Bekalan untuk 6 kontena lagi tidak mampu diusahakan dalam masa yang ditetapkan.
Saya tak sempat bertanya kepada tokey kerepek itu.
Bukankah di seluruh negeri tempat kelahiran usahawan ini ada banyak sangat pengusaha kerepek. Saya yakin kalaulah pihak pemborong atau pengilang sendiri bergabung tenaga dengan pengusaha-pengusaha kerepek lain, sudah tentu bekalan 8 kontena itu dapat disiapkan.
Ini pun cuma andaian saya saja sebab saya pun tak tahu kisah disebalik apa yang diceritakan.

Cuma saya ambil pengajaran, kalaulah kita boleh bergabung tenaga, sudah tentu banyak perkara yang boleh kita kerjakan, hasil juga dapat dilipat-gandakan lagi.

Bagi saya dalam bidang perniagaan tempahan pakaian, team saya mempunyai produk dan servis yang unik, kami mempunyai niche tersendiri. Daripada kajian kami dapati apa yang kami buat ini mendapat banyak permintaan tapi tak ramai orang buat. Akan tetapi kami pula mahu jimatkan kos overhead tapi masih boleh meraih laba. Jadi kami kongsikan dengan usahawan lain dengan cara melantik wakil jualan ataupun ejen. Masing-masing akan mendapat faedahnya, networking dan pasaran juga dapat berkembang dengan mudah dah kos efektif.

No comments:

Post a Comment