Panduan Percuma Kertas Kerja

Panduan Percuma Kertas Kerja

Sunday, September 30, 2012

Seloka Usahawan

Berniaga itu tidak salah,
malah ia adalah sunnah,
yang salah itu bila bercampur rasuah,
di dunia lagi akan dapat susah,
di akhirat nanti hari-hari kena belasah,
ingat-ingatlah supaya hidup tidak punah,
semoga hidup kita penuh barokah.

Masa bersembang macam-macam dijanji,
janji yang tak pasti boleh ditepati,
buat orang berharap sepenuh hati,
apabila tiba masa yang dihajati,
apa pun tak dapat kecewalah lagi,
lepas ini apa pun dikata takkan dipercayai.

Jika terlalu mengharap kepada manusia,
masa akan terbuang sia-sia,
duit pun habis begitu sahaja,
kenapa tidak mengharap pada Yang Maha Esa,
sambil teruskan daya usaha,
pasti kita lebih berjaya.

Usaha, doa dan tawakkal dijadikan amalan,
buat semua usahawan budiman,
barulah hasil penuh keberkatan,
apa yang diusahakan akan menjadi warisan,
hasil keberkatan zaman-berzaman.

No comments:

Post a Comment