Panduan Percuma Kertas Kerja

Panduan Percuma Kertas Kerja

Wednesday, September 12, 2012

Bersikap terbuka

Adakah anda berbangsa Melayu?
Jika bukan, mungkin anda seorang Bumiputera?
atau anda seorang usahawan beragama Islam (Muslim).

Fakta:
Majoriti penduduk Malaysia adalah Bumiputera dan bangsa Melayu, manakala agama Islam adalah agama rasmi Malaysia.

Walaubagaimanapun, saya suka mengingatkan rakan-rakan saya yang berniaga, teman-teman usahawan baru, supaya ELAKKAN daripada menggunakan frasa-frasa berikut dalam perniagaan anda, sama ada di dalam business card, signboard, brochure dan sebagainya:

"PERNIAGAAN 100% MELAYU"
"PERNIAGAAN BUMIPUTERA"
"USAHAWAN MUSLIM"
dan seumpamanya.

Mungkin ada yang tidak setuju. Saya faham, anda berbangga dengan status anda sebagai usahawan Melayu, usahawan Bumiputera atau usahawan Muslim, kerana perniagaan dikuasai oleh bukan golongan ini.
Tapi saya ingin ingatkan, negara kita Malaysia mempunyai masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama Itu belum lagi ambil kira tahap global.... masyaAllah luasnya dunia ini.

Saya kemukakan 2 persoalan untuk mencabar pemikiran anda...
  • adakah anda mahu bersaing di peringkat nasional dan internasional?
  • adakah anda mahu ramai orang tak kira apa bangsa dan latar belakang jadi pelanggan anda?
Saya coretkan sedikit pengalaman peribadi saya...
Dulu saya pun obses dengan status peniaga Melayu. Saya harapkan pelanggan-pelanggan Melayu akan melanggan dengan kedai saya. Puas saya pergi ke sekolah-sekolah, poskan risalah-risalah (kan ramai pengetua, guru besar dan cikgu-cikgu berbangsa Melayu). Perasaan saya hampa sekejap bila saya ternampak sebuah sekolah agama di sini menempah barang di kedai bangsa lain... yalah, itu hak dialah nak tempah di mana-mana pun. Saya rasakan perasaan taksub saya terhadap kebanggaan sebagai 'usahawan Melayu' sia-sia saja.Pelanggan Melayu boleh suka hati tempah di mana-mana kedai yang mereka mahu pergi.
Lalu saya buangkan perasaan taksub itu... atau jujur saya katakan, 'racist'
Saya mula susun strategi baru..... strategi ke arah perniagaan global. Selain buangkan sifat itu tadi, saya kuasai online marketing dan bahasa Inggeris.
Alhamdulillah... kini saya ada ramai pelanggan berbangsa Cina dan India, kalau dari luar negara saya ada pelanggan dari Australia, USA, Germany, France dan lain-lain.

Petua saya mudah saja...
1. Jangan racist, bergaul dengan semua orang
2. Kuasailah internet marketing
3. Kuasailah bahasa Inggeris walaupun broken

Semoga perniagaan anda semakin berdaya saing dan mendapat perhatian semua orang hingga ke peringkat global.

No comments:

Post a Comment