Panduan Percuma Kertas Kerja

Panduan Percuma Kertas Kerja

Sunday, September 9, 2012

Setelah 3 tahun tidak menjengah...

Asssalamualaikum / Salam sejahtera...

Hampir 3 tahun berlalu, saya tidak menjengah, malah tidakpun mengemaskinikan blog Panduan Percuma Kertas kerja ini.
Bila saya lihat statistik pengunjung, masyaAllah... boleh tahan juga. Sayangnya semua links untuk donwload contoh kertas kerja sudah mati, tak boleh dipakai lagi.
Nah... insyaAllah saya akan kemaskinikan blog ini semula, kemaskinikan links dan sebagainya.

Saya nak bercerita sikit antara sebab yang saya tidak ke sini selama beberapa waktu (selain daripada terlepas pandang... hehe)

Sebelum ini posting saya yang terakhir di blog ini ialah pada Oktober 2009 bukan... waktu ini ialah detik kejatuhan saya dalam perniagaan sebenarnya. Anda harus ingat, sebagai usahawan, bila anda rasa down macam mana sekalipun anda mestilah ada self motivation, buatlah apa-apa cara yag positif asalkan anda boleh bangkit semula.
Saya ringkaskan cerita, selepas beberapa bulan mencuba dan berusaha, Allah tunjukkan saya jalan dengan mencuba bidang perniagaan pakaian (tempahan tshirt, printing tshirt), dengan nama bisnes baru Marzuqhub Enterprise, saya menyewa kedai di pekan Banting.
Mungkin waktu tu saya tak perasan pun atau dah lupa kewujudan blog ini sebab sedang sibuk membantu diri sendiri untuk bangun semula.
Alhamdulillah, daripada bermula dengan sole proprietorship, setahun selepas itu saya upgrade kepada sdn bhd dengan nama Eraine Creative Sdn Bhd dan kini sedang berkembang ke seluruh Malaysia malah pasaran produk saya adalah sedikit-sedikit yang ke oversea.
Jika berkesempatan, layarilah website www.erainecreative.com dan silakan LIKE www.facebook.com/erainecreative

2 comments:

  1. Wah! tahniah Encik..patutlaah lama xupdate..3tahun tuu..hik3..insyaallah semoga Encik update3 kan erk link mengenai kertas kerja..:P

    ReplyDelete
  2. saya dah updatekan link sila ke http://panduanpercumakertaskerja.blogspot.com/p/download-contoh-kertas-kerja.html

    ReplyDelete